Kampung Tradisi

Kampung tradisional merujuk kepada kawasan penempatan yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu untuk bergenerasi lamanya dan mempunyai ciri-ciri Melayu dalam seni bina manakala persekitaran dan alam sekitarnya pula berkonsepkan kampung Melayu. Kampung tradisi biasanya adalah kawasan kediaman yang ada di luar bandar, desa, dusun yang terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur. Ciri-ciri kampung tradisi ialah mempunyai ketua kampung; penduduk kampung (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah yang reka bentuknya yang lazimnya terdapat di kampung dan tanah yang terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran).

Lihat Sekarang

Inap Desa

Inap Desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional. Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya. Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati. Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan.

Lihat Sekarang